Thursday, April 12, 2012

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula". Hadirin sekalian, Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu. Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua. Hadirin sekalian, Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian. Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 11, 2012

contoh karangan syarahan

Contoh Karangan Syarahan : Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Masyarakat Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi. Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan, Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca. Tuan-tuan dan puan-puan, Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan, Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi. Tuan-tuan dan puan-puan. Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata. Sekian, terima kasih. Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Vandalisme danPenyelesaiannya”. Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yangbijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme danPenyelesaiannya ”.Para hadirin yang saya muliakan ,Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? MenurutKamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakanatau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatuperbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukanoleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialahmerosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan ,tandas , lif , dan juga perhentian bas .Para hadirin sekalian ,Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Halini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak .Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagimelahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibatdengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok ,mencuri , melepak , dan ponteng sekolah .Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan jugamasyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turutmengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan . Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan .Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata .Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moraldan agama kepada mereka .Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga hartabenda awam .Hadirin yang dihormati ,Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakanpelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasamasemua pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung .Hadirin sekalian ,Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah sayakatakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih . Karangan jenis ceramah/syarahan Syarahan : Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi syarahan sempena hari perasmian minggu keselamatan jalan raya. Tajuk syarahan saya ialah ”Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab Bersama”. Hadirin yang dihormati sekalian, (Isi 1 : Keadaan jalan raya pada masa kini) Tahap keselamatan di jalan raya pada masa kini amat membimbangkan. Banyak kemalangan berlaku terutamanya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan jalan-jalan yang merbahaya seperti selekoh dan jalan-jalan yang rosak. (Isi 2 : Tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan penumpang) Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih prihatin dengan keselamatan diri dan penumpang. Ciri-ciri keselamatan di dalam pemanduan seperti memakai tali pinggang keledar dan memakai topi keledar bagi penunggang motosikal seharusnya tidak dipandang remeh. Ini dapat mengurangkan tahap kecederaan yang serius apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku. Hadirin yang dihormati sekalian, (Isi 3 : Tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain) Pengguna jalan raya juga diharap tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakkan kemalangan berpunca daripada pemandu yang mengantuk, mabuk, memandu dalam keadaan yang terburu-buru serta lalai terutamanya apabila menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau mengunggang motosikal. Pemandu seharusnya merancang perjalanan dan menguruskan masa dengan baik agar tidak memadu dengan terburu-buru. (Isi 4 : Mematuhi peraturan jalan raya) Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi pertaturan jalan raya terutamanya mematuhi giliran lampu isyarat dan had kelajuan yang ditetapkan. Pengguna yang melanggar peraturan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri dan pemandu yang lain, malah membahayakan pejalan kaki di sekitar mereka. Pejalan kaki juga harus sentiasa berwaspada dengan menggunakan kemudahan yang sesuai untuk melintas. Pejalan kaki juga harus memilih arah yang bertentangan dengan laluan kenderaan. Cara ini lebih selamat kerana pejalan kaki dapat melihat kenderaan yang sedang bergerak di hadapan mereka berbanding berjalan membelakangi arus kenderaan. Hadirin yang dihormati sekalian, (Isi 5 :Peranan kerajaan dan pihak berkuasa) Kerajaan juga perlu lebih bertangunggjawab dalam menangani isu keselamatan jalan raya terutamanya menjalankan tindakan segera sekiranya terdapat jalan-jalan yang rosak atau berlubang yang menjadi punca kemalangan berlaku. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan lebih cekap bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melanggar peraturan dalam usaha mengurangkan kes-kes kemalangan di jalan raya. Hadirin yang dihormati sekalian, Jelas di sini bahawa pengguna jalan raya samada pemandu atau penunggang kenderaan, pejalan kaki, malah pihak berkuasa dan pihak kerajaan mempunyai peranan dalam isu keselamatan di jalan raya. Sebelum mengakhiri syarahan saya pada hari ini, saya menyeru agar semua pihak bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keselamatan ketika menggunakan jalan raya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 19, 2011

Teknik Menulis Rumusan SPM 2011

Teknik Menghasilkan Rumusan Berkesan

A. MENULIS PENGENALAN:
1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam
pengenalan.

2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan

3. Contoh:
1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah.

2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan
implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.

Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar.

3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.

4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara.

5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.
B. MENULIS ISI TERSURAT:
1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.
8. Contoh penggunaan ayat:

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)
-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar.

Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)
-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang
berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

10. Contoh :
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "

Isi tersurat :
-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.

Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersurat :
- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.

Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."

Isi tersurat :
- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara.

Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "

Isi tersurat :
- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

C. MENULIS ISI TERSIRAT:
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk
cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)






7. Contoh :

Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan
turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.

Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya.

Isi tersirat :
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani.

Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat."

Isi tersirat :
- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya.

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya.

Isi tersirat :
- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang.










D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:
1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:
Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat
diatasi.

Contoh 2 :
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.

Ulasan rumusan:
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang.

Contoh 3 :
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan
yang berfaedah.

Contoh 4 :
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran
tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

Tuesday, February 8, 2011

Permainan Tradisional Malaysia

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Friday, December 10, 2010

(Recomment) : “Wirtual World/Second Life”

1. Second life can look through their the other side, just the image was their imagination      in  that meaning.
2. This can encourage student about the topic and exposed student toward the issues related.
3. Can improve a better communication skill. Especially in Malay language teaching.
4. Can bring up and getting more closely toward the issues related.
5. It is true that network education is not the best choice since it will results in negative effect, however, second life seen so much closely related to the real life.